"SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA) NEGERI SELANGOR SAKSIKAN PENINGKATAN"
Keputusan peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) Negeri Selangor Tahun 2012, mencatat peningkatan sebanyak 5.3% berbanding tahun 2011, di mana seramai 92.1% calon lulus berbanding 86.8% pada tahun 2011. Demikian diumumkan oleh Sahibus Saadah, Pengarah, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS, Dato' Haji Marzuki bin Hussin di Majlis Pengisytiharan Keputusan peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) pada 8 Februari 2013 di Dewan Seminar, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri Selangor), Shah Alam.
Seramai 3,130 calon telah mengambil peperiksaan tersebut pada tahun 2012 di 23 buah Sekolah Agama Menengah (SABK) seluruh Selangor termasuk dua buah Maahad Integrtasi Tahfiz sains dan Teknologi dan Sekolah Menengah Islam Persendirian dan Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP).
Daripada jumlah tersebut, seramai 2,818 calon telah lulus yang melibatkan seramai 414 calon atau 13.2% lulus dengan pangkat Mumtaz pada tahun 2012 berbanding 680 calon atau 22.4% lulus pada tahun 2011. Calon lulus pangkat Jayyid Jiddan pula memperlihatkan seramai 838 calon (26.8%) lulus berbanding 881 (29.0%) pada tahun 2011.
Sementara itu, calon lulus tahap Jayyid pula memperlihatkan sedikit peningkatan di mana seramai 790 calon atau 25.2% lulus pada tahun 2012 berbanding hanya 565 (18.6%) lulus pada tahun 2011. Begitu juga dengan calon lulus tahap Maqbul juga meningkat dengan 776 calon (24.8%) lulus tahap ini pada tahun 2012 berbanding hanya 472 calon (15.5%) pada tahun 2011, kedua-dua tahap ini memperlihatkan peningkatan masing-masing sebanyak 6.6% dan 9.3%.
Calon yang mendapat Rosib (gagal) juga menurun, di mana tahun 2012 seramai 312 calon (10.0%) mendapat pangkat Rosib berbanding 444 (14.6%) pada tahun 2011), penurunan sebanyak 4.6%.
Prestasi matapelajaran yang diambil telah memperlihatkan keputusan bercampur-campur di mana terdapat dua matapelajaran meningkat dan dua matapelajaran menurun serta satu matapelajaran yang baru diperkenalkan tahun 2012 telah memperlihatkan prestasi memberangsangkan iaitu 90.4% calon lulus.
Matapelajaran Hafazan dan Tilawah telah mengekalkan keputusan lulus 100% berbanding tahun sebelumnya.
Matapelajaran Tafsir/Hadis memperlihatkan peningkatan ketara sebanyak 10.8% calon lulus, di mana tahun 2012 seramai 2,681 calon atau 85.7% calon lulus berbanding hanya 2,276 atau 74.9% lulus pada tahun 2011. Begitu juga dengan matapelajaran Bahasa Arab 1 juga mengalami peningkatan sebanyak 3.4% di mana tahun 2012 mencatat keputusan 79.5% calon lulus berbanding hanya 76.1% pada tahun 2011.
Matapelajaran menurun adalah Bahasa Arab 2 iaitu penurunan sebanyak 3.5% di mana 83.8% calon lulus pada tahun 2012 berbanding 87.3% calon lulus pada tahun 2011. Feqah/Tauhid juga menurun di mana tahun 2012 mencatat 77.1% calon lulus berbanding 82.7% calon lulus pada tahun 2011. Masing-masing mencatat penurunan sebanyak 3.5% dan 5.6%.
Turut hadir di majlis tersebut YB Puan Hajjah Halimah binti Ali, Pengerusi, Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan Negeri Selangor dan Tuan Haji Amir bin Danuri, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Selangor.